Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillahirabbilalamin, syukur ke hadarat Ilahi kerna hari ini saya masih dipanjangkan usia oleh Allah SWT.
Pada pagi yang cerah ini, alhamdulillah, internet di rumah saya kembali berfungsi. saya cuba curi sedikit masa untuk mengemaskini blog ini.
Saya ada mendapat maklum balas, daripada para pelayar blog yang kecil ini, untuk mengetahui siapakah gerangan empunya pemilik blog ini. Ada juga kawan-kawan yang bertanya, tiada kisah diri saya di sini dicatatkan.
Terima kasih atas keprihatianan itu.
Saya rasa, tiada apa yang menarik tentang kisah hidup saya yang dapat saya nukilkan di sini. Samada kerjaya, kehidupan dan sebagainya. tambahan pula, sesuai dengan url blog ini, biarlah ia mencakupi ruang tugas hakiki saya, meskipun kini saya hanya sebagai pemerhati sahaja. Sekurang-kurangnya dengan adanya blog ini, saya dapat meluahkan rasa rindu saya pada bidang yang saya cintai.
Bidang pendidikan bimbingan dan kaunseling ini, tidak asing bagi saya. Ini adalah kerana, ayahanda saya merupakan salah seorang penggerak awal bidang Kaunseling di sekolah menengah di daerahnya. Melihat kepada tugas-tugas, dan tanggungjawab ayahanda, saya jadi jatuh cinta pada bidang kaunseling ini.
Kali ini, saya ingin menceritakan sedikit perkembangan diri saya.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas penambahbaikan keadaan fizikal diri saya. Alhamdulillahirabbila'alamin.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah, khususnya Encik Yahya Bin Awang yang sentiasa memebri ruang dan peluang untuk saya berkhidmat sebagai Guru Bimbingan Kaunseling walaupun dalam status perjawatan saya kini (pool), seterusnya kepada Encik Nasaharuddin Bin Mohd Rashid yang kini telah berada di IAB,
Seterusnya kepada Encik Ismail yang kini merupakan GPK 1 SMK Jengka Pusat 2, Encik Abdul Latif Bin Mat Ali, GPK HEM SMKJP2, Encik Muhamad Asri Bin Musa, GPK Ko-ku SMKJP2.
Juga kepada semua rakan-rakan guru dan semua staf sokongan dan juga pekerja cleaner SMKJP2 yang sering membantu menolak kerusi roda saya pada tahun lepas dan sokongan moral. Khususnya Puan Nazila Fauzai, Puan Selmah, Puan Sharifah Hendon, Puan Hajah Mariah, Makcik Ne, Puan Hajah Arbayah, Noor dan lain-lain lagi.
Tidak lupa juga kepada pelajar-pelajar SMKJP2 yang sudi membantu saya menolak kerusi roda saya, khusunya pelajar 5A, 5B, 5C DAN 5D 2010.
Seterusnya, rakan-rakan blogger yang banyak berkongsi pengalaman, Encik Zacky, blognya klik sini, Tuan haji Rozali, Fida, Puan Werdah, Encik Pie, dan lain-lain lagi terima kasih....
Cikgu Huzairie, terima kasih atas perkongsian pengalaman dan ilmu. Dengan bertukar-tukar fikiran begitu, saya dapat mengetahui cara-cara menjalani kehidupan sebagai OKU. Terus terang pada awalnya saya blur juga bagaimana melalui kehidupan sebagai guru Berkerusi roda, namun SYUKURlah Allah membantu.
Menjadi OKU juga bukanlah beban pada orang lain, melainkan kita sendiri yang merasa kita sebagai beban. Hidup ibarat roda. Ada masa kita di atas. Ada masa kita di bawah. Benar kata Kak Werdah, kita yang perlu bangkit kembali.
Dan saya mengerti, masa lalu, samada kejayaan cemerlang saya dalam pelajaran atau pengalaman indah dalam kerjaya, ia bukan untuk ditangisi atau di bangga, sebaliknya, dunia waktu inilah yang perlu saya hadapi dengan lebih tabah dan cemerlang.
Segala kerjasama tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak pelajar semua sangat dihargai.
Dan yang terkahir tetapi sangat bermakna, buat semua sahabat saya yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan saya, menghulurkan bantuan kewangan dan moral, biarpun kita beratus batu jauhnya, hanya Allah yang dapat membalas budi baik kalian.
Buat keluarga saya dan suami tercinta, semoga Allah merahmati keluarga besar kita. Amin.
Di sini saya sertakan beberapa keping gambar kenangan;
Di sini saya sertakan beberapa keping gambar kenangan;
Hadiah daripada Pengetua pada ramadhan yang lalu, sila klik,
Selamat Tinggal Ramadhan, klik sini.
En Nasha sewaktu memberi motivasi kepada pelajar harapan SMKJP2
2010 yang lalu, terima kasih atas jemputan beliau untuk saya sertai program itu.
2010 yang lalu, terima kasih atas jemputan beliau untuk saya sertai program itu.
Pelajar yang menolong membersihkan Bilik Kesihatan.
Dunia Cikgu Kaunseling membantu menguruskan permohonan pelajar ke IPTA.
Sila klik entry sebelum ini, Cara Menggunakan Aplikasi i-MAS-C-U , klik sini
Sila klik entry sebelum ini, Cara Menggunakan Aplikasi i-MAS-C-U , klik sini
Program Selepas PMR. Para pelajar membuat kraftangan,
sila klik entry sebelum ini, Kerastangan vs Kraftangan, sila klik sini.
sila klik entry sebelum ini, Kerastangan vs Kraftangan, sila klik sini.
Majlis Bacaan Yasin yang diadakan setiap pagi Jumaat.
Sekian wassalam
2 Comments:
Assalamualaikum Cikgu Ma
mereka yg sekeling cikgu ingin berbakti kepada cikgu dan memberi bantuan sedaya yang mereka mampu
saya yg jauh ini sekadar mampu berdoa supaya cikgu dipermudahkan dlm semua urusan dan dlm pemeliharaan Allah selalu
Wassalam
waalaikumussalam tuan haji rozali
terima aksih kembali atas kesudian tuan haji meninggalkan komen di blog saya ini.terasa bersemanagat untuk menulis kerana ada yang sudi meninggalkan komen.
sekian wassalam
Post a Comment