Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Rangkuman Kisah Ayah dan Ibu

Rangkuman Kisah Ayah Ibu

(Entry ini memuatkan klip video di youtube.  
Jika mahu menonton klip ini, sila pause klip video di atas)

Ayah, Istimewa



Iklan Petronas Raya; mesej yang menyentuh hati

Bonda, Syurga di bawah telapak kakimu


Jasa Bonda - Warisan. Video klip oleh pelajar UPSI

 (Gambar Kanan) Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa (kanan) bertanyakan sesuatu kepada warga emas, Othman Samah, 60 (kiri) yang ditinggalkan anaknya selepas sidang akhbar di Pejabat JKM Perlis baru-baru ini.

 

Buku Kisah Kembara Atiq Wazif; Satu Anugerah Oleh Hassan Suyut.
 Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd Terbitan : 2008. Kasih dan pengorbanan ibubapa yang tak penah membuang anaknya walaupun anaknya anak istimewa.


Oh Anak...Kalaulah Kau tahu...bahawa kau kan tua jua akhirnya jika kau panjang umur..


Sejak akhir-akhir ini, bukan setakat anak kecil dibuang di merata-rata tempat. Malahan  anak pun tergamak membuang ayah dan ibu mereka di tepi-tepi jalan.Yang memualkan pelakunya adalah mereka yang beragama Islam.

Allah telah berfirman:

"Dan Kami perintahkan (campakkan ke dalam hati) manusia (agar berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya;ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang ibu bapamu, hanya kepada Akulah kembalimu".


                                                                              (Surah Luqman:14)


 Anak Terbuang, Ibu Terbela.


Saya ingin kongsikan pengalaman benar yang saya saksikan sendiri.

Apakah perasaan anda jika ibu yang melahirkan anda membuang anda dan adik beradik lain jauh dari dalam diari hidupnya? Ibu kandung yang hanya melahirkan kemudian langsung tidak memberi walau setitis air susunya dan terus membiarkan si anak terkotang kating sedangkan masih lagi bayi?


Bayi yang baru lahir itu diberikan kepada suaminya dan anak yang lebih besar untuk diuruskan. Lalu apabila si bapa meninggal dunia, si anak dan adik beradiknya yang lain menjadi anak yatim. Ibu kandung masih ada tetapi tidak diketahui khabar beritanya. lalu anak yatim yang kala itu berusia 6 tahun diasuh dan dipelihara oleh ibu tiri dan suami baru ibu tirinya sehinggalah ibu tirinya meninggal dunia ketika anak ini berusia lebih kurang 10 tahun.


Bermulalah kembara anak ini dari satu tempat ke satu tempat demi meneruskan kelangsungan hidupnya. Walaupun pelajar cemerlang di sekolah terutama dalam matematik, sehingga guru datang ke rumah orang yang manjaganya supaya membenarkan anak ini ke sekolah..Namun, anak ini terpaksa berhenti sekolah demi sesuap rezekinya.


Dewasalah anak ini. Ketika dia sudah memiliki kehidupan bekerluarga dan pekerjaan tetap, dia mendapat khabar berita, ibu kandungnya dibuang oleh anak kandung kesayangannya sendiri. Anak kandung yang dijaga sejak kecil telah membuangnya.


Lalu, anak ini, tekad mencari ibunya dan mengambil ibunya. Walaupun dirinya sendiri bukanlah orang kaya dan tidak berharta, hidup kais pagi, makan pagi...anak lelaki ini tetap menjaga dan memelihara ibu kandungnya di rumahnya. Menjaga orang tua, yang mempunyai pelbagai karenah dan kembali bersikap seperti anak kecil, memang benar-benar mencabar keimanan.


Lelaki ini tabah dan sabar meladeni ibunya ini. Ibu yang dahulunya membuangnya. Kini, dialah yang menjaga orang yang membuangnya.Tidak sekelumit dendam bersarang di dada anaknya. katanya, biarlah,mungkin ibubapanya ada masalah suami isteri,mungkin ibunya tertekan jadi ibunya tak dapat menjaganya.


Subhanallah,baiknya lelaki ini. Kala si ibu kandung sudah tua pikun,karenah mengalahkan anak kecil, tidak kenal lagi najis atau tidak,dan tak kenal lagi  waktu siang atau  malam,lelaki ini dan isterinya sabar menjaga ibu tua ini. Malah anak lelaki kepada lelaki ini sering menasihatkan ibunya agar bersabar menjaga dan meladeni ibu mertuanya itu walau sehebat mana hatinya disakiti.


Istimewanya lelaki ini, baginya, tiada dendam antaranya dengan ibu kandung. Asuhan ibu tiri yang menitik beratkan nilai-nilai Islam, nilai kemanusiaan dan kasih sayang, menjadikan lelaki ini cekal, bertanggungjawab, pemaaf dan mengasihi ibu kandungnya. Syukurlah lelaki ini dikurniakan ibu tiri yang berhati mulia yang sehingga kini nama allahyarhamah ibu tirinya sentiasa diceritakan kepada anak menantu dan cucunya...


 



0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .