Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Ceramah Pendidikan Anti Dadah

Ceramah Pendidikan Anti Dadah Oleh Pegawai PPDa Maran













 Encik Cr Burhanuddin sedang menyampaikan cenderamata kepada Encik Jasmi pada akhir sesi ceramah.



Alhamdulillah, pada Hari Khamis, 21 Oktober 2010 yang lepas telah diadakan Program Ceramah Pendidikan Anti Dadah di Dewan SMK Jengka Pusat 2. Ceramah disampaikan oleh Encik Jasmi B Jaafar, Pegawai PPDa Daerah Maran. Program ini merupakan salah satu slot di dalam Aktiviti Selepas PMR 2010. 

Urusetia Program Selepas PMR, En Cr Burhanuddin b Hj Hasan dan Pn Nazila bt Fauzai, bersama  guru-guru  yang mengajar Tingkatan 3 pada masa itu turut berada di dewan.

Antara isi kandungan ceramah Encik Jasmi ialah Kenali Diri. Ini kerana setelah kita mengenali diri kita, barulah kita akan mengenali kekuatan diri kita. Dengan mengenali diri kita, akan mengetahui insan-insan yang signifikan dalam hidup kita, insan-insan yang telah banyak berjasa kepada kita. 

Dengan itu, semoga dengan mengingati pengorbanan ibu yang telah mengandungkan dan melahirkan kita, membesar dan mendidik kita. Begitu juga dengan pengorbanan bapa yang turut tidak tidur malam apabila anak sakit demam. Bapa berusaha memberi kehidupan sempurna untuk anak-anaknya. Begitu juga para guru yang telah mendidik anak-anak, pasti akan tercalar hatinya apabila mengetahui bekas pelajarnya terjebak dengan gejala negatif.

Setersnya hala tuju pelajar selepas PMR, Bagaimana mengisi masa selepas PMR, dan membina kemahiran asertif diri yang mapan. Semasa meningkat remaja, pasti ada pelbagai halangan dan cabaran yang akan dilalui oleh pelajar. 


Samada cabaran yang datang dari masalah keluarga, masalah diri sendiri, tinggal dengan datuk dan nenek, masalah persahabtan dan rakan sebaya dan masalah percintaan. Selain masalah-masalah lain. Adakah pelajar akan berjaya menghadapi cabaran-cabaran itu, seandainya persediaan pelajar mengharungi alam remaja yang serba mencabar ini belum mencukupi sepenuhnya?


Cabaran dalam membuat sesuatu keputusan juga akan mempengaruhi masa depan dan hala tuju kehidupan insan/ pelajar. Jika baiklah keputusan yang diambil, maka berjayalah hidup kita. Jika memilih keputusan yang tidak baik dan keputusan serta jalan yang salah dalam membuat keputusan, maka kita menempuhi kegagalan dalam hidup.


Tidak dinafikan, corak kehidupan yang dilalui oleh pelajar pada zaman remaja ini melalui pelbagai perubahan. ia seperti perubahan usia yang berkait rapat dengan hormon seseorang, faktor persekitaran, rakan sebaya, kemelut cinta, jatuh cinta, putus cinta, percerian ibu bapa dan tinggal dengan penjaga yang terdiri daripada datuk dan nenek.

Kata-kata hikmah dari Encik Jasmi, seorang anak yatim sejak kecil, boleh pelajar renung-renungkan dan hayati;


"BILA KITA GAGAL, KITA PERLU BANGUN.
KITA PERLU BANGUN UNTUK BUKTIKAN KEJAYAAN"


Kesimpulannya, kemahiran asertif diri yang mapan amat diperlukan dalam membuat sesuatu keputusan. Kedua kemahiran ini, kemahiran asertif diri dan kemahiran membuat keputusan saling berkait dalam mengharungi cabaran kehidupan yang sebentar cuma ini. Maka, katakan tidak kepada rokok serta dadah.


Untuk mengetahui Karnival Nilai Murni Cegah Jenayah Negeri Pahang 2010, sila klik http://ppdamaran.blogspot.com/2010/10/karnival-nilai-murni-cegah-jenayah.html

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .