Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Saya Orang Lelaki ke-13 Dalam Hidupnya

Saya orang ke-13


 

SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillahirabbil a'lamin.

Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.

Entry ini dimuatkan di cikgukaunseling.com sebagai rujukan dan medium pendidikan blog ini. Ia diambil dari Harian Metro, ruangan bersama Dang Setia, Metro Ahad,25 September 2010 .Semoga kita mendapat manfaatnya

2010/09/25

BUAT Dang Setia, inilah kisah hidup percintaan saya. Saya berumur 19 tahun dan sedang bekerja sambil menanti permohonan untuk menyambung pelajaran. Kisah cinta saya bermula ketika di bangku sekolah. Saya mengenali A menerusi seorang kawan yang memberi saya nombor telefon A.

Menerusi perbualan telefon dan berutus mesej, saya mula menyintai A dan menjadi kekasih A. Saya sangat percayai A. Dua tahun kami berkenalan tetapi baru sekali berjumpa kerana A bukan boleh selalu keluar rumah. Selepas tamat persekolahan saya mula bekerja dan setelah empat bulan bekerja, muncul lagi seseorang dalam hidup saya iaitu B. B adalah seorang yang comel dan kecil molek berumur 18 tahun. B mula merapati saya.

Baru seminggu saya dan B berkenalan, B menyampaikan hasratnya untuk menjadi kekasih saya. Pada mulanya saya menolak tetapi B mengatakan dia sanggup menjadi orang kedua dalam hidup saya lalu saya menerimanya.

Selang beberapa ketika, B mula tidak tahan menjadi orang kedua dan menyatakan dia sanggup melakukan perbuatan terkutuk bersama saya untuk saya memutuskan A. Saya cuba menolak beberapa kali kerana saya sayangkan A tetapi tatkala syaitan lebih kuat hasutannya, saya dan B terlanjur.

Saya memberitahu A bahawa saya mempunyai orang lain selain A dan A memberitahu yang dia tidak sanggup berkongsi lalu A pun mengundurkan diri dengan rela tetapi pahit untuk ditelan. Selepas itu saya dan B sering bergaduh kerana B masih mencemburui A.

Ketika bergaduh menerusi mesej, B sering menceritakan mengenai kisah silamnya. Barulah saya tahu yang saya adalah orang yang ke-13 dalam hidupnya, agak pahit untuk saya menerimanya. B juga mengatakan yang dia mempunyai orang lain selain saya iaitu J. Terkedu juga saya mendengarnya.

 Saya dan B sering bergaduh walaupun untuk hal kecil.

 Saya melarang B berhubung dengan J kerana merasakan yang saya dipermainkan. Melalui perbalahan dengan B yang kerap, saya mengetahui semua sejarah hitam dalam hidup B. Barulah saya tahu B bukanlah seorang dara ketika terlanjur dengan saya. Alangkah terkejut, pilu, resah, sedih dan bagai gila saya dibuatnya.

tetapi setelah mendengar kisah hidup B, saya kasihan terhadapnya dan saya rela menerimanya. Agak sukar untuk B menceritakan kepada saya, katanya dia pernah ditipu dan dipermainkan beberapa lelaki sebelum ini.

 Kisah hitam B bermula ketika dia di tingkatan dua, B bekerja part-time di 7-eleven berdekatan rumahnya. Dia berkenalan dengan seorang lelaki di sana. Satu hari lelaki itu mengajak B ke rumahnya, katanya mahu berehat sebelum masuk kerja, B yang tidak mengesyaki apa-apa terus mengikutnya.

 Di rumah lelaki itu, dia diperkosa secara paksa.

Selepas itu baru B mengetahui yang lelaki itu beragama Kristian. Kemudian B berkenalan dengan seorang lelaki dari flet tempat tinggal B dan menceritakan kisah malangnya. Katanya dia ingin menyelamatkan B daripada lelaki berkenaan, namun dasar lelaki memang sukar dipercayai dia juga melakukan perkara sama terhadap B. B pasrah dengan kejadian yang menimpa dirinya lalu dia putus asa terhadap lelaki dan membiarkan lelaki mempermainkan dirinya. Selain daripada dua orang ini, ada lagi tiga lelaki yang melakukan dirinya seperti itu, seorang dari Negeri Sembilan manakala lagi dua, B tidak ingat nama mereka

Selepas itu baru B mengetahui yang lelaki itu beragama Kristian. Kemudian B berkenalan dengan seorang lelaki dari flet tempat tinggal B dan menceritakan kisah malangnya. Katanya dia ingin menyelamatkan B daripada lelaki berkenaan, namun dasar lelaki memang sukar dipercayai dia juga melakukan perkara sama terhadap B.

B pasrah dengan kejadian yang menimpa dirinya lalu dia putus asa terhadap lelaki dan membiarkan lelaki mempermainkan dirinya. Selain daripada dua orang ini, ada lagi tiga lelaki yang melakukan dirinya seperti itu, seorang dari Negeri Sembilan manakala lagi dua, B tidak ingat nama mereka.

B juga menceritakan bahawa dia pernah terfikir untuk membunuh diri atau menjadi pelacur. Dunia saya berputar kelam mendengar kisah B dan air mata kami bercucuran. Tidak pernah saya sangka B hadir dalam hidup saya membawa kisah duka. Berat bagi saya tetapi lebih berat bagi B kerana dia yang melaluinya. Rupa B yang cantik sebaliknya menyimpan kisah duka dan pilu. 

Sebenarnya B tidak mahu menceritakannya kerana dia tahu saya tidak mungkin dapat menerima keadaan sebenar dia. B terpaksa menceritakan kepada saya kerana seminggu sebelum raya 2010 ini, J menghantar mesej kepada B dan mengugut B sekiranya B tidak melakukan perbuatan terkutuk itu dengannya, dia akan menceritakan kisah B kepada ibu bapa B.

B takut dan baru B menceritakan kepada saya. Saya pun tidak tahu apa yang patut dibuat dan mengajak B untuk menukar kad sim telefon yang baru dan berserah atas ketentuan Allah. Tiga hari sebelum raya tahun ini, J menghantar mesej kepada kad sim telefon B yang lama dan J mengatakan yang emaknya meninggal dunia dan J sendiri tidak dapat balik kampung untuk melihat jenazah ibunya.

Sebenarnya B tidak mahu menceritakannya kerana dia tahu saya tidak mungkin dapat menerima keadaan sebenar dia. B terpaksa menceritakan kepada saya kerana seminggu sebelum raya 2010 ini, J menghantar mesej kepada B dan mengugut B sekiranya B tidak melakukan perbuatan terkutuk itu dengannya, dia akan menceritakan kisah B kepada ibu bapa B. B takut dan baru B menceritakan kepada saya.

Saya pun tidak tahu apa yang patut dibuat dan mengajak B untuk menukar kad sim telefon yang baru dan berserah atas ketentuan Allah. Tiga hari sebelum raya tahun ini, J menghantar mesej kepada kad sim telefon B yang lama dan J mengatakan yang emaknya meninggal dunia dan J sendiri tidak dapat balik kampung untuk melihat jenazah ibunya.

Dia kesal dan meminta B untuk memaafkannya. Memang jahat untuk saya mengatakannya tetapi memang padan dengan muka J. Itu baru balasan yang menimpa J, yang lain saya sering berdoa supaya mereka mendapat balasan lebih teruk lagi.

Saya harap saya dapat menjaga B walau apa pun yang sudah B lalui saya rela menerimanya. Pernah saya katakan pada B biarlah perkara ini saya orang terakhir yang mengetahuinya. Walaupun saya bersama B, namun dalam ruang hati saya masih ada A. Saya masih sayangkan A tetapi saya kasihankan B dan cuba menyayangi B. Apa pendapat Dang Setia?

AWAN BIRU
Kuala Kangsar




SAYU hati Dang Setia mendengar kisah sedih B yang dinodai 13 lelaki sejak berusia 14 tahun.

Niat saudara untuk menjaga B cukup murni, tapi Dang Setia harap biarlah mengikut ajaran agama dan adat Melayu. Jangan sesekali saudara juga mengambil kesempatan terhadap B seperti beberapa lelaki lain.

Ini kerana saudara sendiri pernah menyatakan pernah terlanjur dengan B sebelum mengetahui kisah silamnya sebelum ini.

Hormatilah dirinya sebagai seorang wanita Islam. Cara terbaik mungkin saudara boleh bayangkan B sebagai adik atau kakak saudara, sudah pasti saudara akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga maruah mereka.

Dalam keadaan sekarang, B memerlukan sokongan moral daripada orang terdekat yang disayanginya. Jiwanya lemah kerana sudah acap kali dipermainkan lelaki.

Cuma Dang Setia kurang pasti maksud menjaga yang disebutkan saudara. Adakah saudara mahu menjaganya sebagai kawan, kekasih atau berniat memperisterikan B.

Tanya diri saudara siapakah B di sisi saudara. Jika saudara sudah pasti, perjelaskan keadaan sebenar kepada B supaya dia tidak menaruh harapan dan membenci saudara pada masa depan, sedangkan saudara mempunyai niat baik membantunya.

Saudara juga seharusnya tahu mengenai apa yang dimahukan dalam kehidupan peribadi saudara. Siapakah yang sebenarnya bertakhta di hati, adakah A atau B.

Kalau A, adakah dia juga masih menyayangi saudara, jangan pula saudara bertepuk sebelah tangan. Dang Setia juga khuatir jika saudara menyayangi B atas dasar kasihan. Takut ia tidak berkekalan dan B sekali lagi menjadi mangsa keadaan.

Cinta bukan boleh dipaksa, ia satu perkongsian perasaan di antara dua insan. Dalam satu perhubungan, cinta itu seelok-eloknya seimbang dan tidak berat sebelah.

Perasaan sayang yang berat sebelah sukar untuk menjanjikan kebahagiaan berkekalan, itu lumrah dunia.


Apapun perasaan sebenar saudara terhadap B, Dang Setia harap saudara dapat membimbingnya ke jalan benar. Berilah dia semangat dan sokongan terutama daripada aspek agama supaya dia dapat menginsafi kesilapan lampaunya.

B perlu lebih berusaha untuk mengubah dirinya. Jadi, saudara boleh menasihatkannya supaya menambah ilmu agama dengan menghadiri ceramah, belajar mengaji al-Quran dan menyertai mana-mana pertubuhan berteraskan agama. 

Hanya dengan ilmu, amal ibadat kita menjadi bermakna dan hanya dengan amal ibadat iman kita menjadi lebih teguh. Iman yang teguh pula amat perlu untuk menjadi benteng kepada seseorang bagi mengelak godaan nafsu. Dang Setia pasti masih ada sinar di hujung terowong buat B asalkan dia benar-benar bertaubat dan mahu berubah.

1 Comments:

sonata anak kancil said...

bukan senang nak mengawasi anak2 zaman sekarang...teror mereka drp ibubapa...akhirnya jadilah begitu

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .