Malaysia Barisan Kabinet Persekutuan 2013
KABINET BARU MALAYSIA 2013..
Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak bersama timbalannya,
Tan Sri Muhyiddin Yassin serta barisan
kabinet baru pada sesi bergambar kenangan
sebelum mesyuarat kabinet di
Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.
- Foto BERNAMA
Berikut adalah senarai
jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:
Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Cuepecs minta penjelasan penggabungan kementerian
PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepecs)
akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap
Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi
mendapatkan penjelasan berhubungan penggabungan dua kementerian itu.
By Cikgu Ma Thursday, May 16, 2013
civil servant, Dasar Awam, dunia pendidikan, isu semasa, Kabinet Malaysia, Kerjaya Pendidikan, Malaysia, memoir seorang guru, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, prihatin
Penggabungan Kementerian Pelajaran
dan Pengajian Tinggi
Penggabungan dua kementerian; Gabung tindakan tepat - TPM
(Utusan Malaysia 17 Mei 2013)
Penggabungan dua kementerian baik untuk kelangsungan pendidikan: Idris
(Berita Harian, 16 Mei 2013)
MUHYIDDIN
Yassin melakukan gimik Pelancaran Sambutan Perayaan Hari Guru
Peringkat Kebangsaan Ke-42 di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan,
malam tadi. Turut kelihatan dari kiri Abdul Ghafar Mahmud, Idris Jusoh,
Mohamad Hasan, Mary Yap Kain Ching, P. Kamalanathan dan Dr. Rosli
Mohamed. - UTUSAN/MD. SHAHJEHAN MAAMIN
SEREMBAN 16 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin
berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
menggabungkan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi di
bawah satu bumbung adalah satu keputusan tepat.
Kata Timbalan Perdana Menteri, pelantikan seorang Menteri Kedua juga
melambangkan keprihatinan kepimpinan Perdana Menteri untuk melihat
bidang pendidikan di negara ini dapat diurus dengan lebih cekap dan
menyumbang secara lebih berkesan kepada kemajuan negara.
Muhyiddin juga berkata, beliau telah mendapat keizinan daripada
Perdana Menteri supaya menggunakan nama Kementerian Pelajaran sahaja
bagi penggabungan dua kementerian.
Menurutnya, sebelum ini, Kementerian Pelajaran dan Kementerian
Pengajian Tinggi diumumkan sebagai Kementerian Pelajaran dan Pengajian
Tinggi.
5 produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Lima produk kosmetik mengandungi racun berjadual
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan
menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan lima produk kosmetik
yang dikesan mengandungi racun berjadual betamethasone dan merkuri.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian berkenaan, Datuk Eisah
A.Rahman berkata produk tersebut ialah Cellnex Anti-Sensitive Essence
Treatment (betamethasone), Natural 99 Night Cream, Natural 99 Day Cream,
SF Beauty Night Cream (Facial) dan SF Beauty Day Cream (Facial),
kesemua mengandungi merkuri.
"Penggunaan betamethasone tanpa
pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi
nipis dan mudah mengalami iritasi, kesan rekahan, berjerawat, perubahan
pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam
sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
"Merkuri pula tidak boleh digunakan dalam produk kosmetik kerana
berisiko memudaratkan kesihatan dan menyebabkan kerosakan pada buah
pinggang serta sistem saraf," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
By Cikgu Ma Thursday, May 16, 2013
Dunia Gadis, jiwa remaja, kaunseling individu, kecelaruan identiti, kecelaruan seksual, Kemahiran Hidup, Kembali Kepada Al Quran, LGBT, Pendidikan Perkembangan Remaja, pengurusan cinta
Zina sejenis Dilema ketagih seks sejenis
Entry ini saya petik daripada Sesi Kaunseling Remaja bersama Dr
Sapora Sipon. Ia dimuatnaik di sini sebagai kemudahan untuk membuat
rujukan dan renungan bersama.
Ruangan ini merupakan sesi kaunseling bertulis antara remaja dan Kaunselor Dr Sapora Sipon akhbar Harian Metro.
Saya pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu kota. Masalah saya ialah terbabit dengan hubungan sejenis.
Mula-mula hanya ringan-ringan dan suka-suka, akhirnya kini saya
terjebak lebih jauh. Saya boleh dikatakan sudah ketagih seks bersama
rakan wanita saya.
Saya dalam dilema kerana takut pelajaran terganggu kerana ketagihan
itu. Malah, saya sudah beberapa kali terlanjur dengan rakan serumah
apabila kesunyian.
Tolonglah saya Dr. Saya sudah tidak tahu apa yang harus saya
lakukan. Saya harap agar saya dapat mengubah kehidupan saya yang pahit
ini.
By Cikgu Ma Thursday, May 16, 2013
ASTRO Awani, civil servant, Dokumentari, dunia pendidikan, Hari Guru, Kerjaya OKU, Kerjaya Pendidikan, OKU, OKU Fizikal, OKU Penglihatan
Hari Guru 2013 Aspirasi guru OKU

Mohd Huzaire bin Ahmad, 37, seorang guru OKU,
Pengerusi Orang Cacat Bentong, Pahang dan telah menerima Anugerah Guru
Cemerlang OKU peringkat kebangsaan pada tahun 2010.
Sambutan hari guru yang
jatuh pada tanggal 16 Mei setiap tahun pasti mengimbau kembali suka-duka
dan pahit manis sewaktu di alam persekolahan.
Guru merupakan
insan yang berusaha keras bagi memberi kefahaman dan pendidikan kepada
pelajar yang masih mentah dan serba kekurangan dalam mengenali dunia
yang serba luas.
Tema sambutan hari guru tahun ini "Guru
Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda" pastinya membawa seribu pengertian
kepada guru yang masih berkhidmat apatah lagi dengan penambaikan yang
dilakukan oleh Perdana Menteri bagi membela nasib guru yang penuh dengan
cabaran.
Lain pula ceritanya kepada guru kelainan upaya atau
guru OKU yang pastinya berdepan dengan 1001 dugaan dan cabaran yang
lebih menduga berbanding guru yang dikurniakan pancaindera yang
sempurna.
Sempena sambutan Hari Guru 2013, Astro Awani berpeluang menemubual tiga guru OKU bagi memahami aspirasi, cabaran dan perspektif dari kaca mata seorang guru OKU.
Cabaran warga pendidik luar bandar
KAPIT: Mahu melihat anak didik berjaya
ke peringkat tertinggi. Menolak tepi segala cabaran dan dugaan, guru
muda, Farah Najihah Abdul Rahman, 29 tahun berazam akan cuba sedaya
upaya menggalas amanah sebagai guru, mendidik anak bangsa.
Berasal dari Dungun, Terengganu, Farah tidak pernah menyangka akan
berkhidmat sebagai guru, apatah lagi di kawasan pedalaman Sarawak
–Kapit.
“Pada awalnya, agak sukar untuk terima kenyataan apabila ditempatkan ke sini (Kapit),” jelas Farah.
PROGRAM BELIA LEPASAN SEKOLAH DALAM KERJAYA PEMBINAAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada Hari Khamis ketika Pengumuman SPM 2012 Diumumkan di Dewan Bestari, SMK Lepar Hilir, saya ada bertemu dengan seorang bekas pelajar SMK Lepar Hilir dari kelas 5R 2012. Pelajar ini telah bekerja dalam syarikat pembinaan. Tahniah.
PERMOHONAN KE INSTITUT KRAF NEGARA 2013/2014 SEDANG DIBUKA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Artikel ini telah disiarkan pada 17/3/2013, akan menjadi post pertama sehingga 30 April 2013 bagi kemudahan para lepasan SPM membuat rujukan.
Institut Kraf Negara menyediakan 3 perkhidmatan baru untuk kemudahan para pemohon secara online dan tiada wang proses untuk memohon.
* Senarai program
* Permohonan on-line
* Semak permohonan
Permohonan ini tidak melalui UPU.
Temui Institut Kraf Negara di Karnival Jom Masuk U Kuantan SASICC.
By Puan Ummi Monday, May 13, 2013
Bina Bahagia, catatan pemilik blog, catatanku, cinta, kaunseling individu, keibubapaan, Lelaki, Motivasi, Pengalaman Cikgu Kaunseling, pengurusan cinta, suami isteri, Usah Sedih, wanita
Wanita dan lelaki saling melengkapi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ketika ini, musim cuti sekolah telah pun berlalu dan bakal tiba tidak lama lagi. Antara perkara yang sinonim dengan cuti sekolah ialah majlis kenduri perkahwinan. Acapkali juga menerima kad jemputan kahwin yang tertulis dengan pelbagai madah..
Sebuah karya
yang sesuai untuk semua.. bagi yang bujang,boleh mengambil Iktibar..
bagi yang belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar, bagi yang
berkeluarga, perlu belajar.
Untuk suami.. renungkanlah...Untuk suami.. renungkanlah...
...Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.Isteri yang kamu
nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak
setabah Fatimah Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya
Cita-cita menjadi solehah... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita
kewajiban bersama. Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
Isteri ladang
tanaman kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya Isteri
adalah murid kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat
bermanjanya Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika
isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yg
bengkok berhatilah meluruskannya..
Pernikahan atau
perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.Untuk belajar
meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak
sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah
Rasulullah saw?......
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.
Untuk isteri renungkanlah...
Pernikahan atau
perkahwinan membuka tabir rahsia Suami yang menikahi kamu tidaklah
semulia Muhammad saw?.. Tidaklah setaqwa Ibrahim Pun tidak setabah Ayyub
atau pun Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang Punya Cita cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau
perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Suami menjadi pelindung kamu
penghuninya Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya Suami bagaikan
pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya. Saat suami
menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya Seketika suami menjadi
bisa kamulah penawar ubatnya Seandainya suami bengis lagi lancang
sabarlah memperingatkannya..
Pernikahan
ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk
belajar meniti sabar dan redha Allah swt. Kerana memiliki suami yang tak
segagah mana.
Justeru kamu akan
tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di
dalam menjaga, Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara.
Cuma wanita akhir
zaman yang berusaha menjadi solehah.. amin... Justeru itu wahai para
suami dan isteri. Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri
jelas tidak berupaya.
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah.
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha.
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman.
DAN
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar.
Jururawat perlu dinamik hadapi cabaran semasa
Sejarah Islam jururawat professional yang pertama adalah Rufaidah binti Sa'ad al-Aslami dari kaum Khazraj.
Beliau adalah seorang shahabiah. Dia dilahir di Yathrib [nama awal kota
Madinah] dan termasuk di dalam golongan yang pertama dari kaum Ansar
yang memeluk Islam.
Ayahnya seorang tabib (doktor), dan dia mempelajari ilmu kejururawatan ketika bekerja membantu ayahnya.
Jururawat perlu dinamik hadapi cabaran semasa
Sebahagian jururawat bergandingan
tangan semasa menyanyikan lagu jururawat sempena perasmian Hari
Jururawat Peringkat Hospital Pakar Putra di Melaka, semalam.
MELAKA 13 Mei - Golongan jururawat di negeri ini digesa untuk lebih
dinamik dan tidak hanya kekal pada satu tahap, sebaliknya sentiasa
melakukan penambahbaikan segala kekurangan dalam perkhidmatan bagi
memenuhi jangkaan pesakit yang sentiasa meningkat seiring kemajuan
negara.
Bank Soalan Percubaan BM SPM 2009
Koleksi Soalan Percubaan BM SPM 2009
By Cikgu Ma Sunday, May 12, 2013
about me, catatan pemilik blog, catatanku, Educational Blog, educational blog review, Islam, keibubapaan, memoir seorang guru, Pengorbanan Ibu, Ramadhan
Blog Untuk Ibu Catatan di Bulan Rejab 1434
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah hari ini cuaca agak baik di sini. Entry 2 dalam 1 kali ini.
Blog untuk ibuku:
http://memoirseorangguru.blogspot.com/
Semoga bekas anak-anak murid ibuku mendpaat manfaat dari kewujudan blog itu. Meskipun saya sudah lama tidak menolong
ibu mengemaskini blog itu dek kesibukan saya, saya gembira dapat
membantu ibu menjadi guru yang punya talian pendidikannya sendiri meski
ibu termasuk warga usia emas.
Semoga Allah memberkati ibuku. Amin ya Rabbal Alamin.
Sedar tak sedar hari ini Bulan Rejab telah pun beberapa hari menguak tirainya.
Marilah kita sama-sama membaca doa yang dititipkan dari lidah kekasih agung, yang telah lama pergi meninggalkan kita namun sang kekasih sebenarnya sangat rindukan kita, umatnya di akhir zaman, (sila klik di Salam Maulidur Rasul Rindu dan Cinta Rasululluah)
“Ya Allah
berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban serta pertemukanlah
kami dengan Ramadhan.”
(HR.Ahmad dan Ath-Thabrani)
Bulan Rejab adalah bulan istimewa. Bulan ini juga disebut oleh AL-Qur’an. Ianya adalah bulan untuk kita mengiatkan membajak, melatih nafsu dan berkorban bagi persediaan kita menghadapi bulan agung Ramadan dan Zulhijjah.
By Cikgu Ma Sunday, May 12, 2013
FELDA, Halatuju, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Minat Kerjaya, Perodua, selepas SPM, Sijil Kemahiran Malaysia, Skim Latihan Teknikal Automotif, SKM
Skim Latihan Teknikal Automotif Generasi Baharu FELDA & PYTP 2013
Sijil Kemahiran Percuma Anjuran FELDA dan PERODUA
Berita
baik untuk generasi baharu Felda yang meminati bidang automotif! Khususnya bekas pelajar saya yang merupakan anak-anak FELDA. (Felda Lepar Hilir, Felda Wilayah Jengka, Felda Keratong)
Peluang baik untuk anak-anak peneroka FELDA melalui usahasama FELDA dan Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA) mereka ingin menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1-3 dalam bidang Automotif.
Mohonlah untuk SKIM LATIHAN TEKNIKAL AUTOMOTIF GENERASI FELDA 2013.
Ahmad Abdulhadi Huffaz Al-Quran Kadet Terbaik ALAM
Ahmad Abdulhadi seorang anak pemilik Akademi Tahfiz Al Quran mucul sebagai kadet terbaik keseluruhan pada majlis Konvokesyen Akademi Laut Malaysia ke 107 di Kuala Sungai Baru di Alor Gajah Melaka.
Ahmad Abdulhadiadalah Graduan Diploma Pengajian Nautikal yang menggap antara rahsia kejayaannya ialah menjaga hafazan Al Quran.
Berkat Doa ibu bapa
PENGHIDAP BARAH RANGKUL ANUGERAH NAIB CANSELOR
6 BULAN TAMPUNG USUS DALAM BEG KHAS TAK HALANG ABD LATIF AHMAD BERJAYA MERAIH ANUGERAH NAIB CANSELOR UiTM. (Berita Minggu, Ahad, 12/05/2013)
Secara peribadi, penulis blog kagum dengan semangat kental pesakit barah ini. Ya pesakit barah tetap ada peluang untuk berjaya. Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya, kan?
(Artikel lain berkaitan kanser di blog ini boleh lihat artikel di sini)
Paparan prestasi pelajar atas talian
Paparan prestasi pelajar atas talian
Putrajaya: Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan sistem paparan
prestasi persekolahan pelajar secara atas talian bagi memudahkan ibu
bapa memantau perkembangan anak mereka.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, berkata
rancangan itu terkandung dalam elemen Sarana Ibu Bapa, Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) yang dijangka dilaksanakan dalam fasa kedua
PPPM antara 2016 dan 2020.
Melalui sistem itu, ibu bapa boleh mengetahui perkembangan akademik,
kokurikulum dan sahsiah anak mereka pada setiap penggal persekolahan,
sekali gus terbabit secara langsung dalam program pembangunan pelajar.
Ibubapa pantau prestasi
Jurnal Kehidupan Cerita seorang isteri penagih dadah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel ini pernah saya muat naik di blog Jurnal kehidupan pada 2011 lalu. Namun ia antara data yang tidak dapat diselematkan.
Kisah ketabahan isteri dan ibu ini wajar kita contohi. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Mempunyai suami yang ketagih dadah dan suami asyik keluar masuk pusat pemulihan, membuatkan isteri ini berdikari dan mendidik anak-anaknya sendirian. Syukur alhamdulillah, saya pernah dihubungi penulis kisah ini sendiri yang menyatakan kesyukuran di atas kejayaan anak-anaknya di dalam pelajaran.
Cerita seorang isteri penagih dadah
RAMAI yang beranggapan apabila suami seorang penagih dadah dan keluar
masuk penjara atau pusat pemulihan, maka hidup isteri dan anak-anak
akan menjadi tidak ketentuan.
Isteri akan merana, anak-anak pula menjadi liar dan tidak tentu hala
tuju hidup. Apakah senario ini saja yang berlaku dalam kehidupan isteri
dan anak seorang penagih? Atau mereka juga boleh berjaya seperti
keluarga cemerlang yang lain?
Inilah kisah yang akan saya bawa untuk dikongsi bersama pembaca
minggu ini. Kisah pengorbanan dan luahan hati seorang isteri penagih
yang terpaksa mengharungi hidup membesarkan anak-anak tanpa suami yang
sering keluar masuk penjara dan pusat pemulihan kerana menagih.
Semoga pengorbanan Shakira menjadi teladan buat para isteri yang
kemungkinan sedang menghadapi masalah yang sama. Inilah kisah yang
dikirimkan Shakira dari pantai Timur untuk renungan kita bersama.
By Puan Ummi Saturday, May 11, 2013
Halatuju Selepas STPM, IPTA, Kerjaya Pendidikan, kerjaya perguruan, MEdSI, Panduan Temuduga, Selepas Matrikulasi, selepas STPM, TIP TEMUDUGA, UPU
Semakan Menduduki Ujian MEdSI Ambilan September 2013/2014
MAKLUMAT PELAKSANAAN UJIAN MEdSI SESI AKADEMIK 2013/2014
1. Semakan Panggilan Ujian MEdSI hanya boleh dibuat di laman Web UPSI di http://akademik.upsi.edu.my/kemasukan/MEdSI.html
2. Hanya calon yang memohon program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(ISMP) di UPSI, UPM, UKM, UUM, UIAM, UiTM, UM, UTHM dan UMS sahaja
dipanggil menduduki MEdSI berdasarkan tapisan yang dibuat oleh IPTA-IPTA
tersebut. USM tangguh ujian MEdSI.
Tip Temuduga Kerja Swasta Adab berpakaian dan keterampilan diri untuk lelaki
Adab berpakaian dan keterampilan diri untuk lelaki
Kenalpasti etika berpakaian di tempat kerja
Sesetengah majikan di sektor swasta mempunyai etika
berpakaian yang berbeza dengan sektor awam. Oleh itu, calon perlu
memakai pakaian yang sesuai dengan etika berpakaian di tempat kerja
tersebut untuk menghadiri temuduga.
5 Tip Imej Ketika Temuduga pikat Penemuduga Majikan
Contoh Etika Pakaian Hadir Temuduga
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ada bekas pelajar saya yang telah mendapat panggilan temuduga kerja. Tahniah diucapkan. Berikut ialah tip berpakaian ketika hadiri temuduga.
1)
‘Dress Code’
– Pastikan anda berpakaian formal lengkap dari hujung
rambut hingga ke hujung kaki. Elakkan berpakaian kasual atau smart
kasual kecuali anda memohon jawatan atau organisasi kreatif.
2) Kebersihan
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .