Kolej Vokasional SMV-ERT Setapak
Kolej Vokasional ERT Setapak
Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 KL
1) Telefon: 03-4149 5578
2) Faks: 03-4149 4899
3) Email: whe0001@gmail.com
SMV-ERT Setapak tawar kursus diploma
INFO
Kolej Vokasional SMV-ERT Setapak
- Menyediakan 15 bengkel untuk empat kursus
- Mempunyai dua restoran kursus seni kulinari
- Program keusahawan buka dua pusat asuhan kanak-kanak
- KV ERT Setapak mempunyai 388 pelatih
Kuala Lumpur: Transformasi Bidang Vokasional di bawah kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menyaksikan Sekolah Menengah Vokasional Ekonomi Rumah Tangga (SMV-ERT) Setapak, Jalan Genting Klang, di sini, meningkat fungsinya.
Ia kerana bermula awal tahun ini, Kementerian Pelajaran mewujudkan Kolej Vokasional (KV) di kawasan sama di bawah pentadbiran di SMV itu yang menawarkan kursus peringkat diploma selain sekolah vokasional harian biasa.
Pengarahnya, Norhana Mustapha, berkata KV ERT Setapak menawarkan lima kursus iaitu seni kulinari; fesyen dan reka bentuk pakaian; kosmetologi; sistem komputer dan rangkaian serta pendidikan dan perkembangan awal kanak-kanak, membabitkan 388 pelatih.
Secara umum, katanya, institusi terbabit kini mempunyai dua entiti iaitu sekolah harian vokasional yang menempatkan pelajar Tingkatan Satu hingga Lima dan KV yang menawarkan kursus peringkat diploma.
“Kita juga mempunyai perniagaan di bawah Program Keusahawanan Sekolah atau ‘School Enterprise Programme’ membabitkan lima bidang yang ditawarkan di KV yang mana pendapatannya digunakan untuk pembangunan SMV dan kolej itu sendiri,” katanya.
Katanya, kelima-lima program perniagaan sekolah itu aktif menganjurkan pelbagai aktiviti bagi menjana kewangan.
Pro Image Enterprise yang dimiliki pelajar kosmetologi contohnya, memiliki salun dan bilik rawatan sendiri serta menjalankan aktiviti perkhidmatan rawatan muka, kuku, kulit kepala dan rambut di situ.
Sementara, Jemari Emas Enterprise pula membabitkan pelajar kursus fesyen, aktif menghasilkan rantai kunci, kraf tangan dan seluar tidur kanak-kanak untuk jualan, menyertai pameran anjuran institusi luar dan mengumpul dana melalui jualan ketika Hari Keusahawanan.
Program keusahawan lain adalah pembukaan pusat asuhan kanak-kanak, Taska Mutiara Iman yang dikendalikan pelajar kursus pendidikan awal kanak-kanak, KOM Technology Enterprise kelolaan pelajar kursus sistem komputer dan rangkaian serta Seri Selera Enterprise milik pelajar seni kulinari. Semua perniagaan itu dilakukan di premisnya di Setapak.
Beliau berkata, sistem pemarkahan dan penilaian pelajar KV adalah sama seperti institusi pengajian tinggi lain menggunakan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) yang dinilai setiap semester. Ada lapan semester di KV itu.
“Peralatan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di KV juga lebih lengkap serta moden dan ia berupaya merangsang minat mereka untuk belajar,” katanya.
Buka mata ibu bapa
Norhana berkata, pelaksanaan KV terbukti menarik minat dan membuka mata ibu bapa terhadap kursus vakasional yang mendorong pelajar menceburi bidang vokasional dan kemahiran.
Sebagai bukti katanya, kira-kira 6,180 permohonan diterima pihaknya tahun ini, tetapi hanya 195 orang calon dipanggil hadir sesi temu duga fasa pertama dan 516 orang lagi pada fasa kedua yang diadakan pada Januari lalu.
Bagaimanapun, hanya 388 tempat ditawarkan bagi lima kursus berkenaan.
Sebagai antara 15 KV perintis, Norhana berkata, pihaknya komited memastikan kerangka yang disusun itu dapat dimanfaat sebaik mungkin bagi memastikan aliran kemahiran itu terus menjadi pilihan pelajar, sama ada lelaki atau perempuan.
Sumber; Berita Harian
Trasnformasi sekolah ke kolej, tingkat keyakinan dalam bidang kemahiran
KUALA LUMPUR - Masyarakat mempunyai tanggapan bahawa pelajar di sekolah
vokasional adalah kurang cemerlang berbanding pelajar di sekolah
menengah lain.
Ramai juga percaya bahawa sekolah vokasional hanya tertumpu kepada bidang kemahiran berbanding sekolah biasa yang lebih kepada akademik dan pelajarnya berpeluang melangkah seterusnya kepada pendidikan lebih tinggi di universiti.
Bagaimanapun, tranformasi pendidikan yang dilakukan kerajaan dengan menaiktaraf sekolah menengah vokasional kepada kolej vokasional dilihat sebagai usaha untuk menaiktaraf status pelajar di sekolah-sekolah vokasional.
Dengan meningkatkan tahap kelulusan daripada sijil kepada diploma, bakal melonjakkan keyakinan pelajar aliran kemahiran yang selama ini sering merasakan mereka adalah kumpulan pelajar kelas kedua berbanding pelajar aliran akademik.
Kolej Vokasional Ekonomi Rumah Tangga (ERT) Setapak, Kuala Lumpur adalah satu daripada 14 buah sekolah menengah vokasional lain di seluruh negara dipilih
untuk projek rintis di mana ia akan dinaiktaraf sebagai kolej vokasional.
TRANFORMASI SEKOLAH KEPADA KOLEJ
Menjadikan kolej vokasional pilihan utama pelajar dalam bidang kemahiran bukan cabaran yang mudah. Ditambah dengan stigma yang masih melihat imejnya sebagai sebuah sekolah.
Ia memerlukan anjakan paradigma terutama mengubah pemikiran seluruh pelajar dan kakitangan agar berfikir seperti sebuah institusi pengajian tinggi.
Segalanya harus berubah dari segi mutu pendidikan, prasarana, kursus-kurus yang dilaksanakan agar ia setanding dengan kolej-kolej lain agar dipandang tinggi dan menjadi pilihan utama, menurut Pengarah Kolej ERT Setapak, Norhana Mustapha.
Mengakui bukan mudah untuk mengubah persepsi itu, beliau berkata ia memerlukan masa untuk membuktikan kemampuan bagi melahirkan pelajar-pelajar berkualiti selain mampu memenuhi kehendak pasaran.
"Misi dan visi kami ialah untuk menjadikan kolej ERT Setapak sama seperti kolej-kolej ternama yang ada di dalam negara dan ia bukan sekadar tukar nama daripada sekolah kepada kolej semata-mata," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menyediakan kursus-kursus hospitaliti iaitu bidang seni kulinari, kosmetologi dan fesyen, setiap pelajar perlu menghabiskan empat tahun pengajian bagi memperoleh diploma kemahiran dalam bidang-bidang yang dipilih.
"Dengan tranformasi yang dijalankan, kita berharap apabila pelajar keluar daripada kolej nanti, 70 peratus daripadanya akan mendapat pekerjaan, 20 peratus pelajar yang cemerlang akan menyambung ke peringkat ijazah dan 10 peartus lagi boleh memulakan perniagaannya sendiri," katanya yang menerima 155 pelajar untuk pengambilan pertama diploma pada Januari lepas.
Mulai tahun hadapan, Kolej ERT Setapak akan menambah dua lagi kursus iaitu kursus asuhan kanak-kanak dan komputer networking dengan jumlah pengambilan pelajar keseluruhan juga akan bertambah kepada 250 pelajar.
PENTINGKAN AKADEMIK
Penubuhan Sekolah Vokasional ERT Setapak pada tahun 1975 adalah bertujuan membantu pelajar-pelajar yang kurang dari segi akademik dengan memberi latihan kemahiran yang bersesuaian dengan minat mereka.
Walaupun mereka kurang cemerlang dalam akademik, tidak seharusnya wujud perasaan rendah diri itu sebaliknya harus berbangga dengan kemahiran yang dipelajari dan dimiliki, ujar Norhana.
"Ibu bapa juga harus memahami anak, sekiranya mereka kurang dalam akademik, mungkin mereka lebih kepada kemahiran. Dengan mengikuti kemahiran dan vokasional tidak bermakna anak mereka tidak didedahkan kepada mata pelajaran akademik," katanya.
Terdapat enam subjek teras yang harus diambil oleh pelajar-pelajar di kolej vokasional dan mereka wajib lulus dalam peperiksaan subjek tersebut iaitu Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Agama, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
Maklumbalas yang diterima sangat positif terutama untuk permohonan secara online yang diterima pada sesi tahun hadapan.
Buktinya, setelah empat hari permohonan dibuka pada Oktober lepas, lebih 400 permohonan diterima dan dijangka akan bertambah sebelum ia berakhir pada 31 Dis.
"Pihak kolej akan membuat sesi temuduga bagi membolehkan mereka yang benar-benar layak dan berminat sahaja yang akan diterima. Ini bagi menjamin kualiti pelajar yang akan kita keluarkan, adalah yang terbaik," katanya.
Walaupun hanya dikenakan syarat minimum untuk mengikuti pengajian diploma di kolej vokasional, namun sekiranya ada pelajar yang mendapat keputusan yang lebih baik daripada itu, sudah tentu keutamaan diberikan kepada mereka, katanya.
CONTOH PELAJAR BERJAYA
Melahirkan ramai bakat yang berpotensi besar dalam bidang fesyen menjadi kebanggaan buat kolej ini.
Rasta Rashid, Syomi Izwa antara nama yang tidak boleh dinafikan bakatnya dan berjaya membina nama dalam industri fesyen tempatan dan luar negara.
Pereka fesyen kanak-kanak yang juga pemilik butik Rasta Creation, Rasta Rashid mengakui rasa rendah diri dan malu menyebabkan ramai dalam kalangan bekas pelajar sekolah vokasional tidak mahu menonjolkan diri atau mengakui mereka adalah keluaran sekolah kemahiran.
Bekas pelajar sekolah vokasional ERT Setapak tahun 1990/91 dalam bidang fesyen ini berkata sekolah vokasional telah melahirkan ramai individu yang berjaya dalam bidang masing-masing.
"Cuma mereka tidak mahu tampil dan kembali menyumbang sesuatu kepada sekolah. Mungkin disebabkan oleh persepsi yang masih berlegar dalam masyarakat bahawa mereka yang bersekolah vokasional adalah mereka yang kurang bijak dalam akademik," katanya.
Berkongsi pengalaman, Rasta berkata beliau memilih bidang fesyen selepas mendapat keputusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) kerana sudah menanam minat dan cita-cita dalam bidang tersebut untuk dijadikan kerjaya pada masa hadapan.
Dari kecil lagi beliau telah fokus dalam bidang tersebut dan pemilihan sekolah vokasional adalah tepat untuknya mendapatkan asas dalam bidang fesyen.
Beliau yang kini menjalankan perniagaan pakaian kanak-kanak terutama pakaian ballet kini boleh berbangga dengan kejayaannya apabila jenama Rasta Creation semakin kukuh sejak lebih enam tahun lepas.
Ujarnya, banyak halangan dan cabaran yang terpaksa ditempohi untuk sampai ke tahap ini, namun hanya usaha dan keyakinan mampu membawa seseorang itu berjaya.
"Saya sedikitpun tidak malu mengakui saya adalah pelajar sekolah vokasional kerana di sinilah saya mendapat ilmu dan kemahiran asas dalam bidang fesyen sebelum melanjutkan pelajaran ke kolej lain bagi mendapatkan diploma dalam bidang yang sama.
"Apa yang penting kita harus ada minat, sentiasa fokus dan berusaha menambah ilmu dan kemahiran yang ada untuk menjadi seorang yang berjaya," katanya.
Dilantik sebagai Naib Pengerusi Komuniti ERT Setapak, Rasta berkata apa yang diperolehnya kini cuba dikongsi bersama pelajar lain agar boleh dijadikan inspirasi untuk lebih berjaya.
Ujarnya menaiktaraf daripada sekolah vokasional kepada kolej vokasional adalah tranformasi yang dilihat mampu meningkatkan taraf pendidikan vokasional di negara ini.
"Mungkin selepas ini akan ramai lagi bekas pelajar yang akan tampil dan dengan cara ini juga akan meningkatkan keyakinan masyarakat tentang bidang kemahiran dan mampu melahirkan lebih ramai lagi individu yang berjaya," katanya. - Bernama

7 Comments:
assalamualaikum...kalau lelaki mohon msuk sekolah tu ..boleh tak? dan ert kemahiran kan??
waalaikumussalam Lieya
pelajar lelaki pun boleh masuk. mohonlah dulu
Nak tanye lelaki boleh mohon jugak kan? Asrama diberikan jugak ?
Kalau dah mohon macam mana nak tahu kita dapat atau tak?
saya nk tya mcm mana dengan pembelajaran fardhu ain.. program pengajian Al Quran ada disediakan ke di ert setapak.. maksudnya mcm mengaji Al Quran. inginkan pencerahan..
Bila borang pemohonan kv ert setapak 2017 akan dibuka?
Berapa bayaran yuran?
Adakah asrama disediakan?
*Harap dibalas dgn segera*
Berapa kos yang dikenakan bagi kemasukan pelajar tingkatan 4 ke kv selama 4 tahun dalam bidang fesyen?
Post a Comment