Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Permohonan Diploma Vokasional Malaysia di Institut Latihan Perindustrian Lepasan PMR

Permohonan Diploma Vokasional Malaysia di Institut Latihan Perindustrian Lepasan PMR

Sila klik gambar untuk melihat senarai Kursus Diploma Vokasional Malaysia di Institut Latihan Perindustrian untuk lepasan PMR 2012



Permohonan ke Program Diploma Vokasional Malaysia di Institut Latihan Perindustrian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Petikan daripada website rasmi KPM. Sukacita dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan ke Program Diploma Vokasional Malaysia di Institut Latihan Perindustrian boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 13 Mei 2013 (Isnin) sehingga 29 Mei 2013 (Rabu). 

Permohonan dibuka kepada Lepasan PMR 2012. Anda  yang berminat bolehlah terus memohon sekarang ya. Jangan nanti tarikh sudah ditutup baru nak mohon. Program ini sangat menarik. Saya difahamkan program selama 4 tahun ini dijalankan di ILP. Program diploma beserta Kemahiran dari Tahap 1-4 ini bagi saya sangat menarik.




Antara ILP yang menawarkan program ini ialah di ILP Pedas, Pasir Gudang, Kota Samarahan, Ledang, Ipoj, Kuantan dan Mersing.

 Artikel lain di blog ini:



Halatuju Selepas PMR, Sila klik di sini
http://www.cikgukaunseling.com/2013/01/taklimat-ke-kolej-vokasional-chenor.html

Pelaksanaan Program Kolej Vokasional (Kv) Di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia , KSM

(klik butang readmore untuk info lanjut)

 

Klik di sini untuk melihat Info kemasukan ke ILJTM
Klik di sini untuk memohon secara atas talian

Senarai Kursus dan ILP , Klik di sini.

 SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI TERUS BAHAGIAN TEKNIK VOKASIONAL KPM:

  Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 5 & 6, Blok E14 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

03-88845154

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 29 MEI 2013




Kolej Vokasional makin diminati

 Pendekatan baru jamin masa depan pelajar, buka peluang kerjaya lebih baik

Kuala Lumpur: Pendidikan aliran vokasional kini semakin diminati dan menjadi asas kepada pelajar menceburi bidang kemahiran tinggi seiring hasrat negara menyediakan 40 peratus pekerja mahir dalam industri menjelang 2020.

Usaha kerajaan menaik taraf 71 Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Kolej Vokasional (KV) sejak Jun tahun lalu dan pembukaan dua KV kendalian swasta dan satu sekolah harian biasa, pelbagai inisiatif, peluang dan potensi baru mula dilihat selain keyakinan ibu bapa terhadap penubuhannya juga semakin meningkat.

Persepsi terhadap pendidikan aliran vokasional dalam kalangan ibu bapa dan pelajar juga berubah kepada bertambah positif dengan transformasi itu.


Pendekatan terbaru kementerian


Anggapan negatif dan kerisauan ibu bapa anak mereka mungkin tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sukar mendapat pekerjaan jika menuntut di KV semakin lenyap berikutan pendekatan terbaru Kementerian Pelajaran ini terbukti memberi jaminan masa depan dan peluang kerjaya lebih baik.

 
Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran, Ahmad Tajudin Jab, berkata ini terbukti menerusi permohonan masuk ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan KV tahun ini yang begitu memberangsangkan.

Bagi sesi persekolahan bermula Februari lalu, katanya sebanyak 117,000 permohonan diterima berbanding 70,000 permohonan tahun lalu, namun kementerian hanya menerima dan menyediakan kira-kira 21,000 tempat.
“Ia satu pencapaian yang baik dalam usaha kerajaan mencapai sasaran pengambilan kira-kira 90,000 pelajar menuntut di KV menjelang 2020,” katanya.

Ahmad berkata, menerusi KV, sebanyak 12 bidang utama dengan 53 kursus ditawarkan. Bagaimanapun, hingga kini, hanya 31 kursus sudah berjalan, manakala selebihnya akan dilaksana secara berperingkat.

“Ini berikutan kementerian sedang berusaha menyediakan prasarana, kelengkapan serta alatan untuk pembelajaran (bagi baki kursus yang belum berjalan), selain mendapatkan tenaga pengajar diperlukan,” katanya.

Sijil, diploma KV diiktiraf

Mengulas lanjut, beliau berkata, sijil dan diploma lepasan KV diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), City and Guilds of London, di United Kingdom, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Suruhanjaya Tenaga dan Institut Kimpalan Malaysia (TWI).

Bagi pelajar yang ingin meneruskan pengajian, Ahmad berkata lima universiti menawarkan kursus pada peringkat sarjana muda iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) serta Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).

Beliau berkata, terdapat perbezaan ketara dari segi sesi pembelajaran di SMV dan KV. Di KV, pelajar menggunakan sistem semester dengan keputusan dinilai berdasarkan Nilai Gred Purata Komulatif (CGPA), berjalan selama empat tahun.

Katanya, jika pelajar mendapat sekurang-kurangnya CGPA 2.0 pada akhir tahun kedua iaitu pada peringkat program persediaan KV, maka pelajar berkenaan diiktiraf seperti mendapat tiga kepujian dalam SPM.

“Sementara, pada peringkat program diploma iaitu tahun ketiga dan keempat, pelajar didedahkan dengan pembentangan amali atau sub kursus. Situasi ini sama seperti yang diamalkan di universiti awam dan swasta,” katanya.

Dalam memastikan pelaksanaan KV mencapai hasrat ditetapkan seperti digaris menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025, kementerian turut menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) tertentu.

Sasar 100 MOU

Bagi tahun ini, KPM menerusi BPTV menyasarkan menandatangani 100 memorandum persefahaman (MoU) dengan industri sebagai laluan kerjaya kepada lepasan KV, sementara sasaran 280 MoU menjelang 2016.

Ditanya sama ada berdepan masalah mendapatkan tenaga pengajar di KV, beliau berkata kini kebanyakan lepasan UTHM dan Maktab Perguruan Teknik Cheras diserap mengajar di KV.

“Kita juga melatih guru-guru KV yang sedia ada dengan menyediakan kursus dan latihan kemahiran hingga tahap tiga dan empat walaupun mereka memiliki ijazah atau diploma dalam bidang masing-masing,” katanya.

  Artikel ini telah disiarkan pada 11 Mei dan akan menjadi entry utama sehingga 29 mei 2013 iaitu pada tarikh tutup permohonan ini.











87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

5 Comments:

sendiriDotNet said...

untuk lepasan PMR??? bagusnya

Puan Ummi said...

ye, program ni utk lepasan PMR sendiri dot net.

Anonymous said...

Cikgu sekolah anak saya baru bagitahu mengenai program ini selepas cuti sekolah hari tu.jadi terlepas peluang dia.dia sangat berminat...bagaimana yer?boleh tak kita nak buat rayuan.kalau boleh bagaimana caranya?

Anonymous said...

anak saya telah berjaya masuk ke ILP. Kawan2nya cakap program ni tak diikhtiraf dan pelbagai tohmahan lain. saya mempertahankan keputusan saya utk menghantar anak saya ke ILP selepas PMR, sbg seorg guru saya merasakan ini adalah peluang utk dia demi masa depannya.

Puan Ummi said...

Anonymous Anonymous said...

anak saya telah berjaya masuk ke ILP. Kawan2nya cakap program ni tak diikhtiraf dan pelbagai tohmahan lain. saya mempertahankan keputusan saya utk menghantar anak saya ke ILP selepas PMR, sbg seorg guru saya merasakan ini adalah peluang utk dia demi masa depannya.

June 25, 2013 at 5:17 PM
Delete


sebagai seorang guru juga saya percaya program ini akan diterima bahkan menjadi terikan utama msyarakat. program seperti ini memberi lebih banyak peluang pendidikan tinggi kepada generasi baru kita, kerana kepelbagaian minat dan kemahiran pelajar.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .